satu rombonge gi keloh di pata melawi pado 4 hb Febuari 2011 dilaksanoke dgn merioh sekali,,rugi pija dok leh join rombonge ni sebab buleh make kerutuk ruso,,takpo ja,,mu kelik nati kito gi pata irama pulok,,
lepah abis keloh kat melawi ,,kito beli ike di tok bali,,meme beh rasonye,,ok kalu nok buat lagi xtvt ni jange lupo planning comel2 mace ni pulok ya,,
Pada 19/05/2010 Ops Anai2 telah di lancarkan oleh mama kerana anai2 telah melanggar undang2 tuan rumah dengan membina kerajaan secara haram di bawah rumah. Operasi ini dilakukan dengan kerjasama Pija, Mat Iju, Mama & Mek Li
Pada 25/4/2010 Mek Li telah bergraduasi or konvokesyen Politeknik Kota Bharu, warga kerja Keluargo Bahagio mengucapkan tahniah semoga berjaya memperolehi perkerjaan yang elok
1-Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah Subhanahu Wa Taala.
2-Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah Subhanahu Wa Taala.
3-Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah Subhanahu Wa Taala.
4-Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
5-Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
6-Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akanterbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
7-Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .
8-Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
Wassalam
Nabi s.a.w bersabda :
"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu,seolah-olah kamu akan mati besok"
Wallaualam.. sama-sama fikirkan.
Mutiara Kata
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan". ( Harieta Wahab)
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasilkan kecemerlangan."